Friday, September 14, 2012

fairy tales


Zaman budak2 dulu, mesti seronok kan tengok cerita fairy tales terutamanya yang disney punya.Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty, The Little Mermaid, Beauty and the Beast dan bla..bla..bla..sebab masa kecil2 dulu mama selalu belikan video tape (mase tu bukan zaman CD lagi) cerita disney2 ni. bukan main seronok lagi.huhu..

Bila teringat balik zaman kecik2 dulu, ya Allah..taksub kot dengan cerita fairy tales. suka benoooo la jadi bajet2 princess ni. sikit2 nak jadi snow white la, cinderella la, belle (Beauty and the Beast) la, Jasmine (Aladdin) la, Ariel (The Little Mermaid) la ... =.="  Kalau ada part nyanyi2 tu lagi la duk menyanyi siap ikut gaya dalam cerita tu lagi. Pastu konon berlakon juga la depan tv tu sambil pasang cerita tu. Skrip apa entah. 

Walaupun masa tu tak berapa nak faham english, bila tengok flow cerita tu boleh paham la juga sikit2. Yang paling saya ingat part snow white tengah pengsan dan kena kiss dengan prince tu. Punya la diri ni bajet snow white sangat, saya panggil Mama untuk join sekali sebagai pelakon tambahan. of course saya mainkan peranan sebagai snow white dan Mama jadi prince. 

" ママ、早く~王子様がキス~キス~" 

" ok.. このとき 白雪姫 mana boleh cakap. kena buat2 pengsan. はい、今から王子様が白雪姫をキスしま~す "  

chuu~~ * please jangan fikir bukan2. ini adalah kiss kasih sayang seorang ibu pada anak ye*

Ya Allah.. Mama ni layan je kerenah anak perempuan sorang ni. Mama sangat la sabar dan tabah betul.  Banyak lagi la part2 yang anak dan mama kena berlakon. Cinderella tertinggal kasut la, menari2 macam dalam beauty and the beast la. and of course, si anak la jadi segala princess. aihh..mesti mama penat kan duk layan saya sorang ni.huhuhu.. ママ、よくがんばったね ^^ 

Lagi satu, sailormoon juga salah satu heroin yang saya minati masa kecil2 dulu. Dulu, baba selalu hantar video tape sailormoon dari nihon untuk cucu dia kat Malaysia ni. Masa tu cerita sailormoon tak ada lagi kat Malaysia. Duk tengok juga la sailormoon yang cakap dalam nihongo tu. Masa kecik2 pergi nihon, ada je beli alat henshin sailormoon tu dengan stick dan baju  bagai. Apa lagi, saya pun beraksi la macam sailormoon sambil ucapkan kata2 keramat sailormoon..

「愛と正義の、セーラー服美少女戦士、セーラームーン~~月に代わって、お仕置きよ!」 
perghh..sampai sekarang ingat!! hahahaha..ni versi jepun. tapi versi malaysia tak ingat part awal2 tu. 

ni kot versi malaysia punya :
「Dengan kuasa bulan akan menghukum mu! 」 errr..ingat yang tu je.huhuhu 

Bila teringat balik semua2 ni, tergelak pula sorang2.hahahaha.. adehhh..betapa senang nya akal fikiran budak2 diracuni dengan kisah fairy tales dgn kartun2 kan. ke saya sorang je macam ni??? Disebabkan masa kecik2 dulu tak berapa nak paham english, sekarang umur  20-an ni tengok la balik cerita fairy tale disney2 tu. Apa yang saya boleh 感想 kan, OMG~!! SO SWEET AND ROMANTIC~!!!! Dulu masa tak paham english, tak rasa pun cerita tu sweet ke apa2. Cuma fikir nak jadi macam princess je. Bila dah paham english, jadi lain pula.hehehe ^_^"

Entah2, anak saya pula jadi macam tu. Pastu saya pula jadi pelakon tambahan.hahahaha... who knows~  ^^


#zamankanak2sangatbest#

 








4 comments:

  1. arigatou gozaimasu sensei~ お久しぶりですね. bila terfikir balik, rasa macam ntah apa2 pula masa kecik2 dulu.huhuhu

    ReplyDelete
  2. huihhh..kahwin dengan prince.huahua

    ReplyDelete