Monday, October 4, 2010

Ghulam, Sihir dan Rahib...

Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yg mempunyai seorg tukang sihir. Bila tukang sihir tersebut merasakan dirinya telah tua, dia berkata kpd raja tersebut : aku telah tua. Carilah seorg budak (yg paling cerdik) yg boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorg budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihir nya.

Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorg rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Akhir nya bila pada tiba kpd tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kpd rahib. Rahib berkata kpd nya : jika kamu takutkan tukang sihir, katakan kepadanya bahawa ibubapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibubapamu (kerana lewat pulang), katakan kpd mereka berdua bahawa tukang sihir telah menahanku.

Waktu berlalu dan pd suatu hari budak tersebut telah bertemu dgn seekor bintang besar yg menghalang laluan org ramai. Budak tersebut berkata di dlm hatinya : pada hari ini aku akan tahu siapakah yg lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca : ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.

Lalu dilontarkan batu tersebut dan binatang tersebut pun mati. (org ramai sgt kagum dgn budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yg kita semua tidak mengetahuinya).
Perkara tersebut diceritakan kpd rahib. Rahib berkata : engkau pd hari ini menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai peringkat yg aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, engkau akan diuji. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sesekali engkau memberitahu tentangku.

Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak. Dia juga dpt mengubat semua penyakit yg dihadapi oleh org ramai. Suatu ketika seorg yg dekat dgn raja telah terkena satu penyakit sehingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut dia telah membawa hadiah yg banyak. Dia berkata kpd budak tersebut : semua ini untukmu jika engkau dpt sembuhkan mataku. Budak berkata kepada nya : "aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu". Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kpd Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh speprti sediakala.

Pembesar tersebut datang seperti biasa kpd raja. Raja terkejut dan bertanya kpdnya; siapa yg mengembalikan penglihatanmu? Kata pembesar tersebut : Tuhanku. Raja sgt marah dan mengatakan : ada ke tuhan lain selain dariku? Lalu pembesar tersebut ditangkap dan diseksa hingga dia pun membongkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kpd raja lalu raja bertanya : "aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dpt menyembuhkan penyakit itu dan ini dari melakukan itu dan ini".

Lalu budak itu menjawab : aku tidak dpt menyembuhkan sesiapa. Hanya yg dapat menyembuhkan penyakit itu ialah Allah. Lalu ia pun ditangkap dan terus di seksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dgn seksaan). Lalu rahib pun ditangkap. Ia diarahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.

Budak tersebut lalu dibawa lagi kpd raja. Raja berkata : "balik semula kpd agama asalmu". Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kpd mereka : bawa bdk ini ke bukit sekian - sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit tersebut. Lalu mereka membawanya ke atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kpd Allah : Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki.

Tiba-tiba bukit bergegar dan jatuh kesemua org2 raja tersebut. Budak balik berjalan kpd raja tersebut. Raja bertanya : mana dia kawan-kawanku? Jawab budak : Allah telah menolongku menghadapi mereka. Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata : bawa budak ini ke tengah laut. Jika enggan, campakkan dia ke dlm laut. Bila tiba di laut, budak tersebut berdoa dgn doa yg sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kpd raja. Raja terkejut dan bertanya : mana kawan-kawanku? Jawab budak : Allah telah menolongku menghadapi mereka.

Lalu budak tersebut berkata kpd raja : Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menuntut apa yang aku minta. Tanya raja : Apa dia? Kata budak : Engkau kumpulkan org ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya.Kemudian engkau baca : Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku.Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.

Lalu raja pun mengumpulkan org ramai di satu padang. Budak itu diikat pd sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pd busurnya. Lalu raja membaca : Dengan nama Allah, tuhan budak ini. dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinga. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pd tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia. (Tiba-tiba org ramai berkata : budak ini mengetahui perkara yg kita tidak ketahui) . "Kami percaya kepada tuhan budak ini"

Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan; telah berlaku apa yg aku tak mahu ianya berlaku. Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan org ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yg lalu akan diarahkan supaya kembali semula kpd agama asalnya. Jika tidak akan dicampakkan ke dlm parit tersebut. Lalu seorg wanita dgn seorg anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dlm api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kpd ibunya : Wahai ibu, sabarlah, engkau berada di atas kebenaran !

Hadis riwayat Muslim.
Hadis di sebutkan oleh Iman al-Nawawi dlm kitab Riyadhus -Salihin di bawah bab Sabar

**Di akhir riwayat, Iman Tarmizi menyatakan bahawa :
Budak tersebut kemudiannya dikebumikan.Pada zaman Sayyidina Omar ra. telah menemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan pd bawah telinganya yg masih luka. ALLAHU AKBAR!


No comments:

Post a Comment